0 comments

Nur Kasih The Movie


Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil.
Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana kandungan tersebut telah keguguran.
Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi. Pada saat ini, Adam berdoa kepada Tuhan supaya dikembalikan Nur Amina. Akhirnya, mereka berdua telah selamat.
Tetapi, cincin Nur Amina telah hilang. Jadi, Adam pun pergi ke tempat nahas tersebut untuk mencari cincin Nur Amina. Malangnya, ribut taufan telah melanda di kawasan tersebut dan Adam telah hilang. Nur Amina berusaha untuk mencari Adam tanpa berputus asa. Dia juga telah meminta pertolongan daripada Aidil untuk bersama-sama mencari Adam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berjaya menjumpai Adam. Tetapi pada ketika itu, Adam berada di dalam keadaan yang tenat kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan kereta.
read more
0 comments

kenapa aku ditinggalkan

aku heran dengan hidupku
dikala aku ingin mengecap kebahagiaan
sesalu aja ada yang terjadi
sekarang aku ditinggalkan

mengapa ya ?
aku yakin karma pasti ada
hari ini aku merasakan semuanya
gundah,gelisah galau dan pilu
sedih ,kecewa namun

suatu saat engkau akan merasakan juga
disaat tulusmu datang, disaat semuanya indah
akan jadi sebuah bumerang yang akan mengingatkan dirimu
akan aku..... ku yakin itu
read more
0 comments

Jihad Cinta

Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis