Apa ada pada "NUR"?

(Nasihat seperti mak nenek..)
Kepada wanita2 yg bernama:
Nurhaliza
Nurhaniza idris
Noordiana
Noorkumalasari
Noorbayah
Norin Noor
Nurjannah
Nurhumairah…
Dll..

Mak bapak korang bagi nama yg ada tulis “NUR/NOOR”…
tahukan korang apakah maksud “NUR” itu?
tahukan korang apakah maksud mak bapak korang bubuh “NUR” itu?
tahukan korang apakah harapan mak bapak korang dengan anaknya si “NUR” itu?
tahukan korang darimanakah mak bapak korang dpt ilham kasi nama korang “NUR” itu?
He he he
Manalah aku tahu…tanyalah mak bapak korang, ha ha ha
Yg pastinya mak bapak korang letak nama ‘Nur’ itu kerana korang perempuan…kalau lelaki mungkin letak nama ‘Mamat’..heh.(tak lawak).
Dalam hidup kita la ni, ada dua NUR yg penting..
Satu NUR untuk kebahagian dunia…
Satu NUR lagi utk kebahagian akhirat…
Bukan semua org dapat kedua2 NUR tersebut..org yg tak dpt NUR pertama masih berpeluang untuk dapat NUR kedua..org yg tak dapat NUR kedua akan mendapat kegagalan bila menjadi mayat kelak…oh..!
Apa NUR itu?
Satu:
NUR ZAHIR.
Cth: Matahari, bulan, lampu, LED, api bla bla bla bla
Dua:
NUR BATIN.
Cth: NUR al-Quran, Nur solat, Nur hadith..bla..bla bla..
Dengan adanya NUR ZAHIR, manusia boleh nampak benda yg mana bermanfaat dan yg mana mudarat..
Manfaat dari ‘cahaya’ zahir
Dengan adanya NUR zahir ini,
Manusia boleh bezakan yg mana batu..yg mana emas..
Apabila manusia nampak emas..
maka manusia akan faham nilai emas
Apabila manusia faham nilai emas…
maka akan datang keinginan untuk mendapatkan emas tersebut..
Apabila dah ada keinginan,
maka manusia akan melakukan usaha untuk mendapatkan emas tersebut.
Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan dapatlah emas tersebut…!
Korang faham? Simple je nih..
Tanpa NUR ZAHIR ini..kehidupan manusia akan rosak..manusia akan terdedah pada bahaya..isyaAllah..
Dengan adanya NUR zahir ni,
Manusia boleh bezakan yg mana ular..yg mana tali…
Apabila manusia nampak ular..
maka manusia akan faham ancaman ular
Apabila manusia faham ancaman ular
maka akan datang keinginan untuk lari dari bahaya ular tersebut
Apabila dah ada keinginan,
maka manusia akan melakukan usaha untuk lari dari bahaya ular tersebut
Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan selamatlah manusia dari ancaman ular tersebut…amin…!
Jadi: Moral yg dpt dari NUR ZAHIR ini adalah:
1-NAMPAK BENDA
2-FAHAM
3-DATANG KEINGINAN
4-BUAT USHA
atau dpt manfaat:
NAMPAK BENDA(manfaat)
FAHAM(nilai)
DATANG KEINGINAN(ambil)
BUAT USHA(dpt manfaat)
Atau dpt selamat
NAMPAK BENDA(mudarat)
FAHAM(ancaman)
DATANG KEINGINAN(buang)
BUAT USHA(tak dapat mudarat)
Jadi , tahukah korang bahawa
kenapa ummat hari ni bermarajalela membuat maksiat?
Kerana tiada NUR BATIN..
kenapa ummat hari ni tak suka buat amal.?
Kerana tiada NUR BATIN…
kenapa ummat hari ni lebih suka baca blog dari Al-Quran?.Kerana tiada NUR BATIN…
kenapa ummat hari ni suka sangat berhibur tak ingat akhirat…?Kerana tiada NUR BATIN…
kenapa ummat hari ni suka bergurau antara pusat dan lutut?Kerana tiada NUR BATIN…
Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
-NAMPAK AMAL
-FAHAM AMAL
-DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL
-BUAT USHA BERAMAL..
Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
NAMPAK perintah Allah
FAHAM manfaat dari perintah Allah
DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL
BUAT USHA BERAMAL..amal lagi dan lagi..
Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
NAMPAK Larangan Allah
FAHAM mudarat dari Allah
DATANG KEINGINAN utk meniggalkan larangan Allah
BUAT USHA untuk kekal meninggalkan larangan Allah
Kerana itu korang yg dah tahu solat kat masjid dpt 27 x ganda, tapi still tak gi gak,
kenapa?
Kerana korang tak de keinginan.
Kerana korang tak faham
Kerana korang tak nampak
Kerana hati korang tak de NUR..!
Kerana itu korang org perempuan yg dah tahu azab bukak aurat tapi still bukak gak.. kenapa?
Kerana korang tak de keinginan.
Kerana korang tak faham
Kerana korang tak nampak
Kerana hati korang tak de NUR..!
Sebenarnya aku tujukan nasihat aku ni kepada diriku sendiri sebanyak 30% dan selebihnya 70% lagi adalah untukku sendiri jugak! Korang jangan nak perasan dan jangan kecik hati pulak , aku cakap kat aku sendiri ni! Isk..Cuma yg makan lada chulah rasalah pedas sana sini (he he he….-kenapa ketawa? Suka tengok org pedas?)
Kerana itulah darjat seseorang di akhirat kelak adalah berdasarkan NUR yg diperolehinya nanti..
Isteri aku kata:
“Abg, ustazah cerita kalau org pergi solat lepas azan akn dapat cahaya bintang kat akhirat, kalau tengah azan akan dapat cahaya bulan kat akhirat..dan kalau abg sampai kat masjid sebelum azan abg akn dapat cahaya macam matahari…jadi abg hanya dapat cahaya bintang sajelah sebab abang banyak gi masjid bila dah dengar azan..bahaya ni bang!
Aku kata: Oh..pedasnya…!
Moral; untuk dpt cahaya yg sempurna sila dengar Azan dlm masjid!
Soalan: cahaya apakah yg org solat kat rumah, dapat?
(jawab sendiri..isk…)
Dalam Al-Quran ada cerita bahawa org yg hatinya gelap adalah seperti kegelapan dalam laut di waktu malam yg gelap dan ditutup ombak…
Seorang kapir yg suka baca tafsir Al-Quran dan suka menyelam telah dpt hidayat bila menyelam dlm laut sambil terkenangkan ayat nie..(ustaz cerita camtuh..aku ulang sajer-jgn email aku tanya siapa nama si mua’alaf tu-aku tak tahu-harap maaf)
Di padang masyar ada golongan yg duduk2 atas mimbar yg bercahaya2 sehingga di cemburui oleh Nabi2 terdahulu…
Siapa mereka? Mereka adalah ummat akhir zaman yg membuat kerja “ajak manusia kepada kebaikkan”…oh..YA Allah..pilihlah aku..
Nabi akan kenal Ummat dia berdasarkan NUR yg ada pada anggota badan yg di basahi wudhu..
Org yg ada cahaya di akhirat kelak akan berada dalam kesajahteraan
Org yg tiada cahaya di akhirat kelak akan berada dalam kepanasan…
Hingga mereka, org2 kapir meminta org2 beriman melihat ke arah mereka kerana nak tumpang cahaya pada wajah org yg beriman untuk menunjuk jalan..tapi di larang oleh Allah..
Allah bagitahu kalau nak cahaya pergilah ke belakang…ustaz tafsir maksud belakang adalah dunia..bermakna kalau nak cahaya, hanya di dunia sahaja tempatnya..
Jadi AKU DAN KORANG SEMUA! Hanya di dunia sahajalah tempat untuk kita Dapatkan:
CAHAYA NURANI
CAHAYA HATI
CAHAYA ROHANI
CAHAYA BATIN…
BAGAIMANA NAK DAPAT NUR BATIN?
NUR ni datang dari langit..
Jadi korang kena buat hubungan dengan langit…
Tak..tak..bukan kerajaan langit..maksud aku:
Aku dan korang:
Kena banyak2 baca AL-Quran..maka akan dpt NUR AL-Quran..
Kena banyak2 baca AL-Hadith..maka akan dpt NUR AL-Hadith..
Kena jaga waktu solat..maka akan dpt NUR Solat
Kena banyak amal sunnah..maka akan dpt NUR MUHAMMAD SAW.
dll
Bila hati korang ada NUR…barulah korang akan
NAMPAK perintah Allah
FAHAM manfaat dari perintah Allah
DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL
BUAT USHA BERAMAL..amal lagi dan lagi..sampai jadi mayat.
Betul nie..! sebab tu Nabi Muhammad s.a.w bagitahu lebih kurang maksud:, aku tinggalkan kamu dua perkara..kamu tak akan sesat selama2nya..
-Al-Quran
-AL-sunnah
Atau maknanya lebih kurang maksud: dua NUR ini akan suluh jalan korang untuk menuju Allah!
Dan ada doa Nabi khusus seperti, Ya Allah berilah NUR pada wajahku, pada tangan ku dll(kena rujuk org alim…termasuk AKU!)
Tambahan:
kalau korang nak belajar ilmu ugama yg ‘best’, korang kena ada NUR rohani yg kuat
Bagaimana nak dapat NUR rohani yang kuat?
-zikir panjang2
-banyakkan solat2 sunat
-solat tahajjud selalu
-hari2 ngaji
-dan doa panjang2
-yg penting doa hidayat....
-amal sunnah biar banyak.
-selalu tolong org
-banyakkan senyum
-dan byk baca hadith dan tafsir al-Quran...
-dll
lepas tu korang akan dpt satu kefahaman yg bersih bila baca/dengar hadith,
org awam paham lain tapi korang paham lain; kefahaman yg bersih…
kefahaman yg tak dapat nak di ceritakan kecuali pada org yg ada NUR jugak..
Kerana itu org kapir benci pada Nabi kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati Nabi..
Kerana itu ada org islam yg benci Sahabat Nabi kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati Sahabat Nabi
Kerana itu ada org islam yg benci ‘ahli surau’ kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati ‘ahli surau’
Kerana itu ada org islam yg benci ustaz2 kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati ‘ustaz’
Kerana itu ada org islam yg malas baca Al-Quran dan hadith kerana dalam hati mereka takde NUR al-Quran dan Hadith…
Jadi korang boleh check korang punya Nur masing2…
YA ALLAH BERLAH KAMI NUR DI DUNIA DAN DI AKHIRAT…
(amin)
Nampaknya aku tujukan 99% nasihat ini untukku sendiri dan 1% lagi untuk aku jugak! Korang tolong doa aku, aku akan tolong doa korang dengan memperbanyakkan bersujud..insyaAllah..amin….
UNTUK DAPATKAN KEBAHAGIAAN
DENGAN ALLAH,
PERLU KORBANKAN KEBAHAGIAAN
DENGAN MAKHLUK…
DAN
KEBAHAGIAAN BUKALAH KEBAHAGIAAN
JIKA DI AKHIRNYA KEGAGALAN…
KEGAGALAN BUKANLAH KEGAGALAN
JIKA DI AKHIRNYA KEBAHGIAAN…
Ps: beruntunglah mayat yg wajahnya bercahaya-cahaya….kesan amal yg soleh…
Beruntunglah manusia yg wajahnya bercahaya cahaya di akhirat kelak…
(amin…jadilah kami org yg termasuk..mohon dengan sangat)

1 comments:

nurul iman said...

wow!!terbaik..:D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis