Sebentar tadi telah selesai majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Y.A.B. TG Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Rumah banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu. Sebelum ini majlis penyerahan itu tertangguh berikutan Khairul Fahmi sibuk menjalani latihan.
“Alhamdulillah, selesai menyempurnakan majls penyerahan kunci rumah kpd Khairul Fahmi. Saya sempat menitipkan pesn kpd beliau dan semua ahli sukan agar menjauhi dadah krn ia akan memusnahkan karier. Kedua, ahli sukan perlu menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk anak-anak muda dan ketiga, khusus kepada beliau, saya harap supaya cepat mendirikan rumahtangga, kerana dgn cara tersebut lebih sempurna
kehidupan dan lebih terhindar dr perkara yg tdk diingini. Semoga anak Kelantan dapat
mencontohi kecemerlangan yg ditunjukkan oleh beliau samada dlm bidang sukan atau bidang
yang lain....”
Semoga pemberian inisiatif ini dapat meningkatkan lagi motivasi ahli sukan ini dan seterusnya pencapaiannya terus cemerlang di masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment