Musim luruh di Korea sangat dinantikan oleh kebanyakan orang selain musim bunga (Mac – Mei).
Musim luruh di Korea bermula seawal September hingga November. Suhu purata sekitar 8-19℃ dengan angin yang bertiup pada pagi dan petang. Suhu yang sederhana sejuk dan menyegarkan menjadi masa terbaik untuk berjalan-jalan.
Taman-taman yang banyak didapati di sekitar Bandaraya Metropolitan Seoul ini menjadi pilihan ramai orang terutama ketika hari minggu. Destinasi menarik seperti Yeoiudo Park, Gyeongbukgung Palace, Seould Grand Park, Seoul Forest menjadi tapak pilihan untuk berpiknik bersama keluarga. Manakan tidak, dikelilingi Eunhaeng Namu (pokok Gingko) yang kekuningan, tasik dipenuhi Itik Mandarin sentiasa menyediakan suasana yang tenang dan segar bagi pengunjungnya.
Bagi yang sukakan cabaran dan fotografi, mungkin mendaki Gwanaksan atau Bukhansan (San gunung) boleh menjadi aktiviti hujung minggu anda bersama rakan. cuaca yang sederhana sejuk menjadikan pendakian anda lebih selesa dan paling utama, apabila tiba ke puncak, pasti anda akan kagum dengan pemandangan yang indah dan menyegarkan.
0 comments:
Post a Comment