Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa
selepas solat waktu.
Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga
yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan
keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah
kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan
yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang
runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money".
Bila masalah ekonomi yang berpunca kerana gagal dalam bisnes
atau kehilangan kerja. Isteri yang dahulu baik pada sangkaan suami semasa
senang kini mula berubah sikap. Isteri yang solehah tidak akan berubah sikap
malah memberi semangat dan sanggup memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk
menyara keluarga sementara suami mendapat kerja lain dan sebagainya.
Kadang-kadang ada isteri yang banyak gelang emasnya sampai
kesiku, tetapi mengadu kat jiran sebelah rumahtangga beliau sekarang tengah
menghadapi masalah ekonomi kerana suaminya tak ada kerja. Jangan harap seutas
gelang emasnya boleh digadai. Cukup sayang gelangnya melebehi segalanya. Gelang
itu pun dahulu suaminya yang belikan. Kenapa bila tengah gawat, tak sanggup
korbankan gelang emasnya dipajak gadai islam. Bila sudah pulih nanti tebus
balik.
Begitulah sebahagian kisah pendek mengenai rumahtangga. Jadi
bagaimana seorang isteri hendak menjadi
seorang wanita yang solehah walaupun bukan seorang ustazah atau mengaji di
pondok agama tetapi hanya seorang wanita marhein iaitu wanita biasa?. Untuk
menjadi isteri solehah bukanlah susah hanya perlu mengikut 2 syarat ini yang
paling mudah. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang
wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang
penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
2. Taat kepada suami.
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut
:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari
segala-galanya.
Wajib menutup aurat.
Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali
ada mahram bersamanya.
Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan
dan taqwa.
Berbuat baik kepada ibu dan bapa.
Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami.
Memelihara kewajipan terhadap suami.
Sentiasa menyenangkan suami.
Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami
tiada di rumah.
Tidak bermasam muka di hadapan suami.
Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
Tidak keluar tanpa izin suami.
Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta
rumah tangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari
faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana
yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau
memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak
menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian
ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di
mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman
Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.
Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan
atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia
merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak
wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan
dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya
kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-An’am: ertinya:
”Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan
kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat. Nafsu syahwat menjadi
keutamaan sehingga hilang sifat malu.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah
Wanita yang solehah.
Sekian wasallam.
0 comments:
Post a Comment