Tiket Final Piala FA 2013



Kuala Lumpur: Sambutan penyokong Kelantan terhadap aksi final Piala FA tidak pernah mengecewakan apabila semua tiket tempahan awal daripada peminat yang dibuat secara berkumpulan kini mencapai tahap maksimum.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata tempahan berkumpulan berkemungkinan akan ditambah sekiranya ada lebihan kuota penjualan secara terbuka yang dijadualkan pada 20 Jun ini.



“Tertakluk kepada pengeluaran sebenar oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), KAFA akan membuka jualan tiket secara terbuka untuk penyokong bermula jam 10 pagi 20 Jun ini di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.




“Tempahan secara berkumpulan sudah mencapai jumlah maksimum dan akan ditambah sekiranya ada lebihan dari kuota jualan terbuka. Tempahan berkumpulan mesti membayar sebelum Sabtu ini,” kata Annuar menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Mengikut ketetapan FAM, harga tiket perlawanan akhir Piala FA kekal RM40 untuk semua jenis tempat duduk.

Annuar berkata, tetamu kenamaan (VIP) KAFA dihadkan untuk VVIP, pegawai, penaja dan keluarga pemain saja kerana FAM hanya membenarkan jumlah yang terhad.
“FAM membenarkan jumlah yang terhad saja. Semua tetamu dan VIP lain hendaklah berurusan dengan FAM. KAFA masih menunggu arahan rasmi daripada FAM,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis