0 comments

Musim Luruh di Korea


Musim luruh di Korea sangat dinantikan oleh kebanyakan orang selain musim bunga (Mac – Mei).

Musim luruh di Korea bermula seawal September hingga November. Suhu purata sekitar 8-19℃ dengan angin yang bertiup pada pagi dan petang. Suhu yang sederhana sejuk dan menyegarkan menjadi masa terbaik untuk berjalan-jalan.



Taman-taman yang banyak didapati di sekitar Bandaraya Metropolitan Seoul ini menjadi pilihan ramai orang terutama ketika hari minggu. Destinasi menarik seperti Yeoiudo Park, Gyeongbukgung Palace, Seould Grand Park, Seoul Forest menjadi tapak pilihan untuk berpiknik bersama keluarga. Manakan tidak, dikelilingi Eunhaeng Namu (pokok Gingko) yang kekuningan, tasik dipenuhi Itik Mandarin sentiasa menyediakan suasana yang tenang dan segar bagi pengunjungnya.






Bagi yang sukakan cabaran dan fotografi, mungkin mendaki Gwanaksan atau Bukhansan (San gunung) boleh menjadi aktiviti hujung minggu anda bersama rakan. cuaca yang sederhana sejuk menjadikan pendakian anda lebih selesa dan paling utama, apabila tiba ke puncak, pasti anda akan kagum dengan pemandangan yang indah dan menyegarkan.
read more
0 comments

A sweet CNY ad by Julie's!

A sweet CNY ad by Julie's!: Watch this mouth-watering and sweet Chinese New Year video by Julie's. Share the Love this Chinese New Year with Julie's Love Letters!
read more
0 comments

SINOPSIS DAN MOVIE TRAILER PAPA I LOVE U

Baha (Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang kematian isteri. Beliau mempunyai seorang anak tunggal iaitu Mia (Mia Sara Nasuha) yang bijak dan petah berkata-kata. Ketika arwah isterinya masih hidup, segala perbelanjaan harian keluarga ditanggung oleh isterinya. Konflik kehidupan Baha bermula sejak beliau di alam perkahwinan lagi kerana beliau tidak bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Begitu juga dengan keperibadiannya yang kurang keyakinan diri menyebabkan dirinya sentiasa berdepan dengan masalah dan dugaan.





Walaupun kehidupan mereka sentiasa dihujani dengan masalah, Baha akan melakukan apa saja untuk menggembirakan anak kesayangannya itu. Satu demi satu ujian mendatang tetapi Baha tetap tabah mengharunginya walaupun dia sedar dirinya bagaikan tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan masalah yang sedia ada.



Elly (Lisa Surihani), merupakan seorang wanita yang tegas walaupun penampilan luarannya seperti seorang wanita yang lemah lembut. Elly mempunyai konflik dengan bapanya Datuk Kudin (Zaidi Omar). Konflik antara mereka tidak pernah selesai walaupun Datuk Kudin berusaha untuk memulihkannya. Melalui Mia, Baha dan Elly mula rapat namun situasi ini menyebabkan Datuk Kudin mengambil kesempatan untuk memulihkan kembali perhubungannya dengan Elly.



Dalam usaha merapatkan semula hubungan Datuk Kudin dengan Elly, Baha menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Mia juga menjadi sandaran Baha dalam usahanya untuk merealisasikan impian Datuk Kudin. Tindakan Baha sebagai orang tengah akhirnya telah menyebabkan hubungannya dengan Elly sendiri menjadi tegang. Apakah yang menyebabkan Elly berkeras tidak mahu menerima kembali bapanya? Adakah kehadiran Mia dapat membantu melembutkan hati Elly? Jawapannya akan terlerai dalam ‘Papa, I Love you’, pada 29 Disember ini, di pawagam berhampiran anda.



Berikut adalah movie trailer Papa, I Love U yang merupakan filem terakhir keluaran MiG untuk tahun 2011. Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini dijangkakan mampu memberikan keceriaan untuk seisi keluarga setelah lambakan filem seram yang menguasai pasaran ketika ini.




DIBINTANGI OLEH |  Zalif Sidek, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zaidi Omar, Syanie, Zul Suphian, Bob Kuman, Kamal Faridz, Adey Syafrien dan Mon Ryanti


TARIKH TAYANGAN PAPA I LOVE U | 29 Disember 2011


LINK DOWNLOAD PAPA I LOVE U ? | Belum ada…..
read more
0 comments

Majlis Penyerahan Rumah Kepada KFCM

Sebentar tadi telah selesai majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Y.A.B. TG Dato' Nik Aziz Nik Mat. 


Rumah banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu. Sebelum ini majlis penyerahan itu tertangguh berikutan Khairul Fahmi sibuk menjalani latihan. 





Berikut adalah status Facebook Menteri Besar Kelantan: 















Alhamdulillah, selesai menyempurnakan majls penyerahan kunci rumah kpd Khairul Fahmi. Saya sempat menitipkan pesn kpd beliau dan semua ahli sukan agar menjauhi dadah krn ia akan memusnahkan karier. Kedua, ahli sukan perlu menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk anak-anak muda dan ketiga, khusus kepada beliau, saya harap supaya cepat mendirikan rumahtangga, kerana dgn cara tersebut lebih sempurna
    kehidupan dan lebih terhindar dr perkara yg tdk diingini. Semoga anak Kelantan dapat
    mencontohi kecemerlangan yg ditunjukkan oleh beliau samada dlm bidang sukan atau bidang
    yang lain....”

Semoga pemberian inisiatif ini dapat meningkatkan lagi motivasi ahli sukan ini dan seterusnya pencapaiannya terus cemerlang di masa akan datang.

read more
0 comments

Syirik, dosa tak terampun?

(Adakah ini siaran langsung seorang aku berleter di depan Laptop yang berperisa kari)

Aku meramas Mee Segera yang masih berbungkus, lepas tu koyakkan tepi plastiknya, dan tuang serpihan serpihan mee itu ke dalam mangkuk.., dari bucu plastik berwarna alamunium yang bergerigi, aku koyakkan penutup serbuk perasa, lalu taburkan ia ke dalam mangkuk..

Air panas yang baru mengalami kejatuhan suhu sekitar 95 darjah Celsius, telah aku tuangkan perlahan lahan ke dalam mangkuk lalu berkepul kepullah asap berkojolah di ruang atmophera bumi pada tekanan 14.3 psi, lantas air panas yang bewarna jernih itu mula berubah warnanya menjadi kemerah-merahan akibat tindak balas kemia yang bertindak untuk bersebati dengan perencah kari yang berselerakkkan dalam ruang mangkuk yang kepanasan.

Timbul bau yang membuat aku bertambah selera untuk mengketedarah, apatah lagi melihat cebisan cebisan Mee segara yang terputus putus menari nari dipermukaan mangkuk berasap itu, menambahkan nafsu serakah menketedarahku yang sedia ada.

Namun, oleh kerena Mee segera masih panas, apa kata aku jawab beberapa soalan dari email..

*******

Email 1:
Salam Abang Keretamayat,
Saya telah melakukan dosa yang paling besar, iaitu syirik, yang mana saya pernah percaya bahawa ugama kristian itu benar, juga pernah percaya Allah tidak wujud, dan pernah murtad (tanpa pengetahuan keluarga), namun sekarang saya sudah sedar bahawa saya menjadi camtu kerana terikut dengan kawan kawan bukan islam, dan kini ingin bertaubat. Tapi saya menjadi sangat takut kerana ada seorang kawan memberitahu, Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik, apa yang saya perlu buat sekarang? Dan benarkah ada ayat Al quran yang bertulis demikian?
Lina.
Email 2:
Assalamualaikum
Terima kasih tulis blog keretamayat yang sungguh banyak menyedarkan saya, saudara, saya ingin bertanya satu soalan yang sungguh menggelisahkan saya, saya pernah terjebak dalam unsur-unsur syirik seperti berjumpa bomoh yang menggunakan ilmu hitam lalu tanam kain kuning depan rumah orang atas niat jahat. Sebelum ini, saya sangka syirik tu adalah menyembah tuhan selain Allah seperti menyembah patung. Sekarang baru saya tahu, apa yang saya buat tu adalah termasuk dosa syirik, Adakah saya masih berpeluang diampun dosa syirik oleh Allah kerana terdapat ayat yang mengatakan Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik? Tolong sangat saudara jelaskan perkara yang sungguh buat saya susah hati.
Salam, Megat.
Email tiga.
Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara.
Miyabi
********

Jawapan.
Banyak soalan orang aku tangguh sampai bertahun tahun, tapi soalan kamu ini, aku kena jawab terus (dalam email masing masing) walaupun lapar gila babi beb sebab aku perasan rajin.

Buat Lina(bukan nama sebenar), Aku rasa kawan kau tu mungkin jahil ugama jika bermaksud, ‘orang yang pernah sembah tuhan lain tak diampun oleh Allah kerana Allah ampun semua dosa kecuali syirik’.., atau mungkin kawan kau tak berniat macam tu, beliau cakap macam tu, sebab kau tak cerita kisah sebenar, dia tak tahu kau dah murtad secara senyap senyap dan masuk islam balik.., jika tak tentu lain penerangan dia..

Buat megat(bukan nama sebenar), jika boleh, pergilah gali balik benda yang kau tanam tu..

Dan buat Miyabi (bukan nama sebenar), harap kau masih hidup ketika baca blog aku ini.

Ok, jawapan secara umum,

Benda ni memang ada dalam Al quran,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Tapi..,

Ayat di atas dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka..

Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah tak ampun...

Maka, jika korang banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa yang dikehendaki-Nya)

Tapi, jika korang syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak akan ampunkan korang walaupun setelah di azab...

Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..

Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang syirik(kapir) maka abadan abadalah mereka di neraka..

Kesimpulannya, siapapun korang kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik..

Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?

Cuba fikir sikit, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!

Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka..

Dan NERAKA punya azab bukan boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu!! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)

Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih..

Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas smspun tak boleh dah ,,isk..

Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…

Aku petik ayat Al quran:

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

Sebagai penutup, korang pernah dengar tak teka teka ni,

(tak –sebab teka teki ni aku yang reka)

Dalam banyak banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup. Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak?

Jawapan:-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(kena rajin sikit scroll down)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Lupa pulak soalan tadi, apa ye?)
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Oh, dah ingat, soalan tentang pintu)
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
(tak kanlah pintu kecamasan)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
(pintu albab kot..)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-(ha ah, dekat dekat dengan pintu albab)
-
-
-
-
-
-
-
-
- -
-
-
-
-
-
-
-
-


Ok, dah bosan? maka jawapannya adalah:-

Pintu Taubat!.

(terus insaf-woha!)

Okeylah, oleh sebab Mee Segera aku dah lama kembang, maka habis sampai sini bebelan aku. Selamat bertaubat kepada semua orang kapir, orang murtad, dan orang islam, sementara pintu taubat masih terbuka.., (akupun!!)

Sekian., tutup majlis dengan doa makan.

Ps1:Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat..,
Ps2: Tak best langsung makan Mee segera yang dah kembang, arghh, anggaplah ini satu pengorbanan.., woha!
read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis